Bengkel kenderaan hampir musnah dalam kebakaran

Pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang melakukan pemeriksaan bagi memastikan kebakaran telah dipadamkan sepenuhnya dalam kejadian melibatkan sebuah bengkel kenderaan di Pekan Ajil, Hulu Terengganu, pagi semalam. (Gambar kecil: Hairysam Mat Tahar)

A
A
A

HULU TERENGGANU - Tindakan pantas pemilik premis memadam kebakaran daripada merebak berjaya menyelamatkan bengkel kenderaannya musnah dalam kebakaran di pekan Ajil, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi itu, Low Soo king, 62, menggunakan air paip bagi padam kebakaran pada bahagian dinding tingkat atas bangunan dua tingkat bengkel itu.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Penolong Penguasa Bomba Hairysam Mat Tahar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 11.20 pagi.

"Sejurus terima panggilan pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian dengan sembilan anggota.

"Api telah dipadamkan pemilik kedai. Kebakaran dianggarkan 10 peratus membabitkan bahagian dinding tingkat atas bengkel kenderaan separuh kekal.

"Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan, anggaran kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan. Operasi tamat jam 11.50 pagi," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Artikel Berkaitan: