Pelajar hasilkan beg jut terbesar di dunia

Pelajar Sekolah Rendah Fitzmaurice bergambar bersama beg jut terbesar di dunia.- Foto SWNS
Pelajar Sekolah Rendah Fitzmaurice bergambar bersama beg jut terbesar di dunia.- Foto SWNS
A
A
A

BRADFORD-ON-AVON - Sebuah syarikat membuat beg mesra alam bekerjasama dengan sebuah agensi pemasaran dan pelajar sebuah sekolah rendah bagi memecahkan rekod Guinness untuk beg jut terbesar di dunia.

Cotton Bag Co. dengan bantuan agensi pemasaran digital Varn serta pelajar Sekolah Rendah Fitzmaurice di Bradford-on-Avon, England menghasilkan beg guna semula berukuran 22.5 meter lebar dan 14.6 meter tinggi.

Diperbuat daripada serat jut, beg tersebut 11.6 meter lebih panjang dan 6.1 meter lebih lebar daripada pemegang rekod sebelum ini yang dihasilkan di Arab Saudi.

Projek berkenaan siap pada Rabu lalu sempena Hari Tanpa Beg Plastik Antarabangsa dan para pelajar Sekolah Rendah Fitzmaurice beramai-ramai menghias beg tersebut.

Menurut Cotton Bag Co.,beg yang mampu memuatkan 1,898,794 botol air dan 208,752 bola sepak itu akan dipotong dalam masa beberapa minggu akan datang supaya pelajar dapat mengunakannya untuk dijadikan beg lebih kecil dan juga bekas pensil. - Agensi

Beg tersebut dihiasi dengan lukisan pelajar. - Foto SWNS
Beg tersebut dihiasi dengan lukisan pelajar. - Foto SWNS

Artikel Berkaitan: