Indonesia tarik balik amaran tsunami

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan berikutan gempa bumi sekuat 6.9 magnitud yang melanda barat daya Ternate, Maluku Utara malam tadi.

Amaran tsunami sebelum itu dikeluarkan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia jam 10.08 malam waktu tempatan.

Ia selepas gegaran direkodkan dengan kedalaman 36 kilometer di barat daya Ternate-Malut.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata gegaran tersebut menyebabkan penduduk yang bimbang keluar dari rumah, menyelamatkan diri.

Laporan awal menyebut gempa bumi 7.1 magnitud namun angka itu diturunkan.

Artikel Berkaitan: