Presiden Brazil sokong buruh kanak-kanak

Jair Bolsonaro
Jair Bolsonaro
A
A
A

RIO DE JANEIRO - Presiden Brazil, Jair Bolsonaro kembali mencetuskan kontroversi apabila beliau berulang kali mempertahankan amalan buruh kanak-kanak.

“Saya mula bekerja sejak berumur lapan tahun. Sejak usia itu, saya telah tanam jagung, petik pisang dan belajar pada masa yang sama.

“Apabila orang melihat budak berumur lapan atau sembilan tahun bekerja, ramai menggelar ia sebagai buruh paksa atau buruh kanak-kanak. Kerja membawa maruah kepada lelaki atau wanita tidak kira usia mereka,” kata pemimpin berhaluan kanan itu ketika forum siaran langsung di Facebook.

Semalam, Bolsonaro turut berkongsi semula video agensi berita AFP pada 2017 memaparkan Frank Giaccio, 11, seorang pemilik perniagaan mesin rumput yang menjaga kawasan halaman Rumah Putih dengan kapsyen ‘kerja mulia’ yang mencetuskan reaksi kurang senang banyak pihak.

“Beliau wajar jadi contoh untuk menasihatkan kanak-kanak supaya tidak bekerja,” kata seorang ahli politik sosialis, Marcelo Freixo.

Undang-undang di Brazil melarang kanak-kanak di bawah usia 16 tahun daripada bekerja kecuali dalam hal perantis yang membolehkan golongan itu mula bekerja ketika berumur 14 tahun. - AFP

Artikel Berkaitan: