Parti politik Melayu masuk Bersatu: Ia cadangan saja...

Mohamad Suparadi
Mohamad Suparadi
A
A
A

PUCHONG - PKR Kelantan menyambut baik cadangan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad agar semua parti politik Melayu menyertai Bersatu bagi menguatkan lagi kuasa politik kaum itu di negara ini.

Pengerusi PKR Kelantan, Datuk Sri Mohamad Suparadi Md Noor berkata, apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir itu merupakan satu cadangan sahaja.

"Itu cadangan terbaik kerana kita lihat ini Malaysia Baharu dan kerajaan baharu.

"Kita lihat bahawa era politik juga sudah berubah, oleh itu kekuatan Melayu harus diutamakan dan UMNO sebagai sebuah parti yang lebih daripada 60 tahun telah terbukti rakyat menolaknya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Anak Kelantan di Dewan MPSJ Puchong Utama 7 di sini.

Katanya, apa yang ditolak rakyat itu adalah kepimpinan UMNO.

"Saya yakin bahawa rakyat menolak itu kerana tidak suka kepada kepimpinan.

"Rakyat di bawah masih tidak bersalah dalam soal ini, saya rasa sepatutnya orang Melayu memikirkan untuk kita bersatu dalam satu panji Pakatan Harapan tak kiralah sama ada Bersatu, PKR atau Amanah yang telah diberi mandat kepada kami di Pakatan Harapan untuk mentadbir dan membawa negara ini ke arah yang lebih baik," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Dr Mahathir mempunyai pandangan yang lebih jauh supaya tidak diperkotak-katikkan oleh bangsa lain.

"Ini bukan soal rasis tapi soal ialah bagaimana kita meletakkan kesatuan dalam kalangan orang Melayu.

"Pada masa sama untuk kita bawa orang Melayu ini ke arah yang lebih baik dalam era kerajaan baharu dan Malaysia Baharu ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Melayu berpecah macam mana nak menang?

Terdahulu, Dr Mahathir mempelawa semua parti politik Melayu tempatan untuk menyertai Bersatu bagi menguatkan kuasa politik kaum itu.

Dr Mahathir berkata, perkara itu penting kerana ketika ini parti politik masyarakat Melayu terbahagi kepada enam.

“Dulu hanya ada satu parti Melayu iaitu UMNO, tapi kerana tamakkan kedudukan, hari ini orang Melayu berpecah enam.

“Bukan lagi majoriti 60 peratus, tapi setiap parti hanya 10 peratus sahaja. Saya harap bekas UMNO yang masih dalam UMNO perlu ingat, kita perlu bersatu untuk berjuang apa pun,” katanya.

#CadanganTunMterbaik #SinarHarianSelangorKL PUCHONG-Itu merupakan cadangan terbaik, itu komen Pengerusi PKR Kelantan, Datuk Sri Mohamad Suparadi Md Noor mengenai pelawaan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada semua parti politik Melayu tempatan untuk menyertai Bersatu bagi menguatkan kuasa politik kaum itu. Mohamad Suparadi berkata apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir itu merupakan satu cadangan. "Apa yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir adalah satu cadangan yang terbaik kerana kita lihat ini Malaysia Baharu dan kerajaan baharu. "Kita lihat bahawa era politik juga sudah berubah, oleh itu kekuatan Melayu harus diutamakan dan UMNO sebagai sebuah parti yang lebih daripada 60 tahun telah terbukti rakyat menolaknya," katanya. LAPORAN MOJO MUHAMMAD AMINURALIF MOHD ZOKI

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Sunday, July 7, 2019