Gunung berapi Anak Krakatoa mungkin punca tsunami

Keadaan jalan dinaiki air susulan tsunami yang melanda Selat Sunda.- Foto abc.news
Keadaan jalan dinaiki air susulan tsunami yang melanda Selat Sunda.- Foto abc.news
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA . Sekurang-kurangnya 20 orang dilaporkan maut manakala ratusan lain cedera susulan tsunami di Indonesia yang mungkin dicetuskan gunung berapi Anak Krakatoa.

Jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, 20 orang maut dan 165 cedera sementara ramai masih hilang.

Puluhan bangunan turut musnah akibat gelombang yang melanda beberapa kawasan di Selat Sunda termasuk pantai di wilayah Pandeglang, Serang dan Lampung Selatan pada jam 9.30 malam waktu tempatan.

Menurut pihak berkuasa, tsunami mungkin tercetus akibat gelombang air pasang surut tidak normal dan tanah runtuh bawah air susulan letusan gunung berapi Anak Krakatoa.

Bagaimanapun, Agensi Geologi Indonesia akan menyiasat punca sebenar tsunami terbabit.

Anak Krakatoa, sebuah gunung berapi kecil yang muncul dari laut selepas letusan Krakatoa pada 1883 adalah salah satu daripada 127 gunung berapi masih aktif di Indonesia. - AFP

Artikel Berkaitan: