Iran langgar perjanjian nuklear 2015

Presiden Iran, Hassan Rouhani mendakwa kuasa dunia gagal mematuhi komitmen mereka dalam perjanjian JCPOA.
Presiden Iran, Hassan Rouhani mendakwa kuasa dunia gagal mematuhi komitmen mereka dalam perjanjian JCPOA.
A
A
A

TEHERAN - Iran mengumumkan bahawa ia akan meningkatkan had tahap pengayaan uranium, sekali gus melanggar kandungan perjanjian Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) pada 2015 bagi merealisasikan cita-cita nuklear negara itu.

Keputusan itu dibuat selepas penandatangan Eropah dalam perjanjian nuklear itu terlepas tarikh akhir 60 hari yang ditetapkan Teheran untuk mengimbangi kesan buruk pengunduran unilateral oleh Amerika Syarikat (AS) pada tahun lalu.

Pelanggaran terbaharu Iran dalam JCPOA itu diumumkan ketika sidang media bersama oleh Timbalan Menteri Luar untuk Hal Ehwal Politik, Abbas Araqchi, jurucakap pentadbiran, Ali Rabiei dan jurucakap Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI), Behrouz Kamalvandi di Teheran hari ini.

Mereka memaklumkan penggantungan komitmen itu tidak melanggar JCPOA sebaliknya ia adalah berdasarkan Artikel 26 dan 36 perjanjian tersebut.

Menurut Kamalvandi, negara itu akan meningkatkan tahap pengayaan uranium dari 3.67 peratus ke tahap lebih tinggi untuk memenuhi keperluan loji kuasa mereka.

Beliau memberitahu, mereka belum memutuskan tahap pengayaan uranium untuk reaktor penyelidikan Teheran tersebut.

Sebelum ini, Iran menyatakan ia memerlukan pengayaan uranium sebanyak lima peratus di Loji Kuasa Nuklear Bushehr (NPP) dan 20 peratus di reaktor penyelidikan Teheran. - Agensi

Artikel Berkaitan: