X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 24 Mei 2022

Fazriq menang Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan

Juara kategori perseorangan lelaki bawah 16 tahun Muhammad Fazriq Mohamad Razif bergambar bersama hadiah yang dimenanginya pada Kejohanan Badminton 100Plus Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Prix Final di Kelab Rekreasi Cina Negeri Sembilan hari ini. - Foto Bernama
A
A

BINTANG muda negara, Muhammad Fazriq Mohamad Razif menambah koleksi kejuaraan peribadinya selepas menumpaskan Hooi Shao Herng, pada aksi final Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan Grand Prix di Kelab Rekreasi Cina Negeri Sembilan (NSCRC) di sini, hari ini.

Muhammad Fazriq, 15, sebelum ini menjuarai Kejohanan Jemputan Shonai Bawah 15 Tahun di Jepun, baru-baru ini.

Pada final yang penuh mendebarkan itu, anak bongsu kepada legenda beregu negara, Datuk Razif Sidek mempamerkan aksi agresif pada set pertama, namun berjaya diekori rapat pencabarnya sebelum kemenangan berpihak kepada Muhammad Fazriq dengan keputusan 22-20.

Bangkit pada set kedua, beliau mempamerkan aksi terbaik dengan mudah menumpaskan Hooi yang mewakili Kuala Lumpur dengan keputusan 21-15.

Pemain muda itu yang mewakili Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang bercakap kepada pemberita selepas kemenangan itu berkata, kemenangan hari ini menjadi penyuntik semangat kepadanya untuk menampilkan aksi terbaik pada kejohanan-kejohanan akan datang.

"Dalam kedua-dua set, pihak lawan bermain dengan cukup bagus dan kualiti sangat tinggi. Saya juga ada membuat sedikit kesilapan pada awalnya, tetapi saya cuba mengatasi lawan dengan meningkatkan konsisten.

"Kejohanan ini memang akan buat saya lebih semangat untuk perlawanan akan datang dan saya mahu perbaiki kesilapan saya, supaya saya dapat bermain dengan lebih baik," katanya.

Keputusan Perlawanan Akhir

Perseorangan Lelaki

Bawah 16 Tahun

Muhammad Fazriq Mohammad Razif (BAM) mn Hooi Shao Herng (BAM) 22-20, 21-15

Bawah 14 Tahun

Ewe Eon Eogene (BAM) mn Ramno Ferdinan (BAM) 21-18, 22-20

Bawah 12 Tahun

Kee Is Qian (Kedah) mn Lim Boon Le (Pahang) 22-20, 24-22

Perseorangan Wanita

Bawah 16 Tahun

K.Letshana (Selangor) mn Arena Satu (Sabah) 10-21, 21-9, 21-5

Bawah 14 Tahun

Ngu Xian Meow (BAM) mn Siti Zulaika Mohamad Azim Tan (BAM) 21-17, 21-18

Bawah 12 Tahun

Dania Sofea Zaidi (Johor) mn Oo Shan Zi (Pulau Pinang) 21-14, 21-14.

Beregu Lelaki

Bawah 16 Tahun

Muhammad Fazriq-Hoh Shou Wei (BAM) mn Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe (BAM) 21-14, 21-17

Bawah 14 Tahun

Ewe Won Eogene-Ramno Ferdinan (BAM) mn Gooting Bryan Jeremy-Low Han Chen (BAM) 21-19, 24-22

Bawah 12 Tahun

Tan Zhi Shen-Tan Zhi Yang (Pulau Pinang) mn Kee Is Qian-Loh Zi Heng (Kedah) 21-17, 21-18

Beregu Wanita

Bawah 16 Tahun

Khor Jing Wen-Tan Zhing Yi (BAM) mn Chen Su Hui-Cheng Su Yin (BAM) 21-15, 9-21, 21-19

Bawah 14 Tahun

Lim Yi Wei-Lai Ting Cen (BAM) mn Chan Wen Tse-Ngu Xian Meow (BAM) 18-21, 22-20, 21-8

Bawah 12 Tahun

Lai E Yun-Dania Sofea Zaini (Johor) mn Christine Lam Mei He-Oo Shan Zi (Pulau Pinang) 23-21,21-14

- Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!