Foto Aedy Ashraf, artistik atau seram?

- FOTO INSTAGRAM AEDY ASHRAF
- FOTO INSTAGRAM AEDY ASHRAF
A
A
A

PERKONGSIAN foto terbaru pelakon Aedy Ashraf mencuri tumpuan netizen.

Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum.

Tampil berambut panjang, dan tidak berbaju sambil memegang kepala patung yang menyerupai wajahnya membuatkan netizen terkejut.

Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen berbeza mengikut pandangan masing-masing.

Kebanyakan mereka menyifatkan foto itu menyeramkan namun ada juga yang menyukai imej artistik pelakon berusia 26 tahun ini.

No Image Caption

"Mula-mula tengok seram, banyak kali tengok okay juga gaya ini," tulis aedyxashraf_fans.

"Duduk rumah jangan macam ni Aedy, seram," tulis hilmanalef.

Artikel Berkaitan:

"Lain pulak rupa Aedy... Tak kisahlah Aedy rambut macam mana, tetap handsome," tulis wani.azie

Sementara itu, perbualan antara rakan pelakon Tentang Bulan, Fatin Afeefa dengan seorang lagi rakan, menjelaskan bahawa gaya gambar itu diambil adalah diinspirasikan dari pelakon, penyanyi dan juga pengarah, Jared Leto yang pernah juga berkongsikan gaya sama sebelum ini.

No Image Caption

Namun begitu, Aedy tidak menulis sebarang kenyataan di ruangan kapsyen mahupun membalas komen para pengikutnya setakat ini.

Difahamkan, foto itu diambil ketika sesi fotografi bagi majalah fesyen dan gaya hidup, EH!.