Anwar gesa alumni UM bantu pelajar memerlukan

Anwar Ibrahim - FOTO SHARIFUDDIN RAHIM
Anwar Ibrahim - FOTO SHARIFUDDIN RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penaung Persatuan Alumni Universiti Malaya (UM), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa alumni universiti berkenaan membantu pelajar yang memerlukan dengan menyumbang kepada tabung University Malaya Endowment Fund (UMEF) yang dilancarkan malam tadi.

Anwar berkata, besar harapannya agar dana daripada tabung ini dapat membantu pelajar yang memerlukan.

"Tidak kira sumbangan yang diberikan itu kecil, apa yang penting ialah sebahagian besar 200,000 alumni turut bersama membantu," katanya ketika menyampaikan Pidato Perdana pada majlis pelancaran dana itu, di Dewan Tunku Canselor UM, malam tadi.

Sebelum itu, menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya Tengku Datuk Dr Mohd Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim, menerusi tabung itu pihaknya mensasarkan dana endowmen sebanyak RM200 juta.

“Idea penubuhan UMEF ini bertitik tolak daripada keperluan UM untuk menjana sumber alternatif yang berdaya mahu susulan pengurangan peruntukan kerajaan.

“Sesungguhnya sumbangan tersebut amat bermakna kepada kami dan memberi inspirasi untuk terus berusaha mencapai sasaran dana endowmen sebanyak RM200,” katanya.

Jelasnya, kira-kira 60 peratus mahasiswa ijazah pertama universiti itu adalah dari kumpulan B40

Dana tabung (UMEF) dilancarkan Timbalan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi Prof Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir ialah Presiden Alumni, Noordin Abd Razak; Naib Canselor UM, Abdul Rahim Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur UMEF, Ahmad Nazri Abdullah

Sumbangan untuk dana endowmen yang bakal diterima alumni dan pelbagai pihak lain ini akan dimanfaatkan bagi membantu UM memperkasakan lagi usaha kebajikan pelajar khususnya mereka dari kalangan B40 dan BL40 yang membentuk 58 peratus dari keseluruhan mahasiswa UM, penyelidikan dan inovasi serta menaik taraf prasarana pengajaran dan.pembelajaran.

Selain itu dana ini juga akan dimanfaatkan bagi memperkukuh aktiviti penerbitan universiti di samping mendepani apa jua perkara luar jangka.