Ahmad Suaidi Datuk Bandar Ipoh?

Ahmad Suaidi Abdul Rahim
Ahmad Suaidi Abdul Rahim
A
A
A

IPOH - Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dilapor sebagai Datuk Bandar Ipoh yang baharu.

Perkara itu dikongsi SelangorKini dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut laporan itu, Ahmad Suaidi yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) menerima kenaikan pangkat sebagai Datuk Bandar Ipoh.

Perpindahan beliau ke Perak disifatkan satu kehilangan besar oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

“Oleh kerana beliau dinaikkan pangkat, kita tidak boleh menghalang demi kebaikan kerjayanya di mana sebelum ini beliau telah laksanakan tugasnya dengan sangat baik termasuk melaksanakan penjajaran Inisiatif Peduli Rakyat di bawah Datuk Menteri Besar, Amirudin Shari yang juga selesa dengan beliau,” katanya.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada sebarang kenyataan rasmi dibuat oleh Kerajaan Perak mahupun Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Ahmad Suadi pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Daerah Hulu Selangor dan Pegawai Daerah Gombak sebelum diberi kepercayaan menggalas jawatan Timbalan SUK merangkap Pengarah UPEN.

Lantikan Datuk Bandar Ipoh baharu dibuat bagi menggantikan Datuk Zamri Man yang dikatakan ‘menghilang’ tanpa berita sejak beberapa bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebelum ini memberitahu calon berkenaan merupakan anak tempatan yang sudah berkhidmat di merata tempat, seorang yang berpengalaman dan boleh berbahasa Jepun.

Nama individu terbabit juga sudah diperkenankan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Bandar Ipoh sudah dilantik, tunggu angkat sumpah: Exco