LZS cawangan Kompleks PKNS ditutup

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) cawangan Kompleks PKNS di sini akan ditutup sepenuhnya esok.

LZS dalam satu kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya berkata, semua urusan berkaitan zakat bagi penduduk Shah Alam boleh dilakukan di Zakat On Wheel di tapak bazar Kompleks PKNS.

Menurutnya, urusan zakat juga boleh dibuat di mana-mana cawangan zakat di sekitar Shah Alam iaitu di Masjid Negeri, Bangunan Sultan Idris Shah atau di ibu pejabat LZS yang terletak di Alami Seksyen 13.

"Ini bertujuan bagi melancarkan proses pemindahan cawangan Kompleks PKNS ke Pusat Tranfomasi Bandar (UTC) Shah Alam yang mula beroperasi 1 Ogos nanti," katanya.

Artikel Berkaitan: