21 cedera dalam letupan kompleks beli belah di Florida

Pemandangan udara impak kerosakan sekitar lokasi kejadian.
Pemandangan udara impak kerosakan sekitar lokasi kejadian.
A
A
A

JACKSONVILLE - Sekurang-kurangnya 21 orang cedera dalam letupan dipercayai berpunca kebocoran gas di sebuah kompleks membeli belah di Florida semalam, kata pegawai bomba.

Letupan itu menyebabkan serpihan bangunan tercampak hingga ke kawasan parkir kompleks beli belah Fountain Plaza, merosakkan gym LA Fitness dan berpuluh buah kereta, serta mewujudkan lubang besar di bangunan berhampiran bandar Plantation, hampir 50 kilometer di utara Miami.

Timbalan Ketua Bomba Joel Gordon berkata, dua mangsa cedera berada dalam keadaan kritikal.

Gordon berkata, bomba percaya ia disebabkan letupan gas dan batang paip gas ditemui antara serpihan, tetapi punca sebenar masih tidak dapat disahkan.

Tiada orang dilaporkan hilang. – AFP

Artikel Berkaitan: