Sorotan 2018: Lagu tempatan yang menjadi pilihan pendengar

No Image Caption
A
A
A

1. Tak Pernah Hilang mula mencuri perhatian umum apabila lagu ini diangkat menjadi lagu tema untuk drama Nur. Sehingga ini lagu nyanyian penyanyi Kaer dan Amylea mendapat 10.3 juta tontonan di YouTube sejak ia dilancarkan pada 17 April lalu. Untuk rekod lagu ini berjaya ke AJL 33.

2. Lagu Ragaman merupakan single terbitan Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar dan diperkenalkan pada 24 Ogos lalu. Kini lagu itu meraih 2 juta lebih tontonan di YouTube. Menarik tentang lagu ini juga apabila Faizal menampilkan pelakon hebat seperti Nabila Huda sebagai pelakon muzik videonya.

No Image Caption

3. Lagu Bunga nyanyian band Kugiran Masdo ini menjadi fenomena dalam kalangan anak muda. Kugiran Masdo antara salah satu band muzik yang sedang meningkat naik tahun ini. Lagu Bunga ini telah meraih kira-kira 5.9 juta tontonan setakat hari ini.

No Image Caption

4. Aksi nyanyian mantap dari pasangan duet Syamel dan Ernie Zakri menerusi lagu berjudul Aku Cinta di pentas Anugerah Juara Lagu 32 telah mendapat perhatian ramai. Video ini dimuatnaik 11 Februari lalu dan mendapat sebanyak 9 juta tontonan di YouTube.

No Image Caption

5. Lagu Satu Peluang nyanyian oleh Andi Bernadee mula menjadi siulan di bibir pendengar apabila lagu ini dipilih sebagai lagu tema untuk drama hit Cik Reen & Encik Ngok Ngek di Astro.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption