Kembangkan Pattani sebagai hab ekonomi serantau

No Image Caption
A
A
A

PATTANI - Wilayah Pattani dilihat mempunyai potensi tinggi untuk dikembangkan sebagai hab ekonomi serantau.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, Asean Mall boleh dipromosikan untuk membantu ekonomi umat Islam di Pattani.

Beliau berkata, perkara itu boleh menjadi kenyataan sekiranya sebuah lapangan terbang diwujudkan di wilayah berkenaan.

"Kita lihat potensi di sini kerana ramai umat Islam di sini boleh dibantu melalui perkembangan sebagai hub aktiviti ekonomi sekali gus sebagai pusat sehenti produk Asean.

"Jadi saya rasa sebuah lapangan terbang diperlukan untuk memajukan wilayah ini. Saya percaya jika ia boleh dijayakan pasti akan membantu ekonomi di sini," katanya ketika berucap merasmikan Asean Mall dekat sini hari ini.

Sementara itu, Presiden Kumpulan Uniti Asia, Datuk Mohd Jamal Amin berkata, Asean Mall dibina dengan kos RM54 juta dengan kerjasama daripada Universiti Fatoni serta usahawan Thailand, Mokhtar Laeman.

Pembinaan kawasan pembangunan bandar baharu Pattani Jaya itu juga melibatkan gabungan eleman wakaf dan komersial.

Universiti Fatoni menyediakan tapak secara wakaf manakala pelaburan untuk pembinaan disediakan oleh Uniti Asia dan Mokhtar.

Artikel Berkaitan:

Dalam majlis itu juga diadakan sesi menandatangani memorandum persefahaman Kolej Uniti bersama enam buah universiti termasuk Universiti Fatoni, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur, Kolej Universiti Antarabangsa Picom dan Pusat Pembangunan Kemahiran Kedah.