Muafakat Kelantan sambut baik pelawaan Dr Mahathir

Azran (duduk, depan dua kiri) bersama sebahagian penduduk Kampung Jedok dalam siri ziarahnya di kampung berkenaan di sini hari ini.
Azran (duduk, depan dua kiri) bersama sebahagian penduduk Kampung Jedok dalam siri ziarahnya di kampung berkenaan di sini hari ini.
A
A
A

JELI - Pertubuhan Muafakat Harapan Malaysia (Muafakat) Kelantan menyambut baik pelawaan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad agar semua parti politik Melaysia bergabung di bawah satu naungan disambut baik.

Pengerusinya, Azran Deraman berkata, pelawaan tersebut harus dilihat dari sudut positif demi kepentingan negara, bangsa dan penyatuan Melayu yang tidak boleh lagi berpecah atas kepentingan politik.

"Semua pimpinan utama parti Melayu harus berlapang dada melihat saranan penyatuan ini sebagai platform memperkukuhkan Melayu.

"Bangsa Melayu tidak boleh lagi berpecah kepada banyak parti, kerana semakin kita berpecah, semakin kita lemah," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, Bersatu, UMNO dan Pas harus memulakan langkah perbincangan awal antara pimpinan utama ketiga-tiga parti agar agenda penyatuan ini dapat dilaksanakan bagaimana diharapkan.

Semalam, Dr Mahathir mengajak semua parti Melayu bergabung di bawah satu parti bagi memastikan bangsa Melayu kuat dan tidak berpecah belah.

Menurutnya, sehingga kini sudah ada enam parti Melayu di negara ini dan sekiranya lebih banyak ditubuhkan, orang Melayu akan terus berpecah.

Artikel Berkaitan: