Lelaki cedera parah ditikam rakan

Mohd Said Ibrahim
Mohd Said Ibrahim
A
A
A

KEMAMAN - Seorang lelaki cedera parah ditikam rakannya dengan sebilah pisau selepas berlaku pergaduhan berpunca daripada telefon bimbit dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jalan Che Teng, di sini.

Insiden itu berlaku kira-kira jam 11.30 malam, Rabu lalu, ketika mangsa berusia 22 tahun warga Myanmar mengambil sebuah telefon bimbit milik rakan senegaranya.

Dalam kejadian itu mangsa ditikam di dada dan mengalami kecederaan parah pada bahagian paru-paru.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, tindakan mangsa mengambil telefon bimbit milik suspek menyebabkan berlaku pergaduhan antara mereka berdua.

"Dalam pergaduhan itu, mangsa ambil sebilah pisau sebelum berlaku pergelutan antara mereka dan suspek dikatakan tertikam mangsa.

"Mangsa kemudiannya terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Kemaman sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu," katanya.

Menurut beliau, berikutan itu suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Rabu depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Katanya, mangsa kini masih berada di HSNZ Kuala Terengganu dan berada dalam keadaan stabil.

Artikel Berkaitan: