Pas belum terbuka hati bersama Bersatu

Ahmad dan Exco Kerajaan Kelantan bersama-sama dengan pihak penganjur dan juga mereka yang diraikan hari ini.
Ahmad dan Exco Kerajaan Kelantan bersama-sama dengan pihak penganjur dan juga mereka yang diraikan hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Melihat kepada perkembangan terkini politik hari ini, Pas bertegas partinya masih belum terbuka pintu hati untuk bergabung dengan Bersatu.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, ini kerana Pas mempunyai platform dan juga dasar tersendiri yang membawa kepada penyatuan ummah.

Menurutnya, buat masa ini, Pas masih selesa bersama dengan UMNO sebagaimana sudah diterima pucuk pimpinan dan akar umbi.

“Kita masih lagi bersama dengan UMNO setelah diterima peringkat kepimpinan dan muktamar. Pada asasnya kita masih lagi taawun dengan UMNO dan parti Melayu lain termasuk juga Berjasa.

“Tetapi (bersama dengan Bersatu) terpulang pada masa depan dan suasana masa itu. Kita tidak boleh hendak jamin,” katanya kepada media hari ini.

Beliau mengulas ajakan Presiden Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk semua parti politik Melayu bergabung supaya orang Melayu menjadi kuat dan tidak berpecah.

Terdahulu Ahmad merasmikan Kelantan Charity Drive 2019 yang dihadiri Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Datuk Zamri Ismail sebagai pengarah program di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad dan Ketua Konvoi Jelajah Charity Drive 2019, Ahmad Rifad A Rashid.

Artikel Berkaitan:

Program jelanah amal anjuran RSH Venture yang berjaya mengumpulkan RM400,000 dana itu turut menyampaikan sumbangan kepada 400 anak yatim dan asnaf dari seluruh Kelantan.

Mengulas lanjut saranan Dr Mahathir, Pesuruhjaya Pas Kelantan itu turut menyifatkan pandangan berkenaan sebenarnya menunjukkan parti tersebut semakin terancam dengan gabungan Pas dan UMNO.

Dalam masa sama, Ahmad juga bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir yang mana sekiranya lebih banyak parti ditubuhkan orang Melayu akan berpecah.

“Memang kena terima (kata-kata Tun) bila berpecah ia menjadi lemah. Sekarang usaha kita adalah untuk kumpul semula kekuatan bagi mempertahan pengukuhan orang Melayu beragama Islam,” katanya.