Tiga penyelam maut: Polis tahan 2 lelaki

No Image Caption
A
A
A

SEMPORNA - Polis hari ini menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung kematian tiga lelaki termasuk dua pelancong China di Pulau Kalapuan dekat sini, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua lelaki dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kita menahan pemandu bot dan pembantunya untuk membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis cari nelayan terlibat aktiviti bom ikan

Ajal terkena bom ikan

“Setakat ini, kita percaya mereka yang maut adalah disebabkan bom ikan, namun hasil keterangan daripada beberapa individu termasuk pelancong China yang berada di kawasan berhampiran, mereka tidak mendengar bunyi letupan bom,” katanya.

Dalam kejadian itu, Zainal Abdun, 31, bersama dua lagi pelancong dikenali sebagai Zhao Zheng dan Xu Yingjie ditemukan maut ketika melakukan aktiviti menyelam di Pulau Kalapuan semalam. - Bernama

Artikel Berkaitan: