Kanak-kanak Uighur ‘hilang’

No Image Caption
A
A
A

BEIJING - Kajian terbaharu menunjukkan China didakwa sengaja memisahkan kanak-kanak minoriti Islam daripada keluarga mereka di wilayah Xinjiang.

Berdasarkan dokumen yang disokong temu bual bersama puluhan keluarga, BBC News berjaya mengumpulkan beberapa bukti paling komprehensif tentang apa yang berlaku termasuk kempen besar-besaran untuk membina sekolah asrama di wilayah itu.

Rekod menunjukkan terdapat lebih 400 kanak-kanak di satu bandar sahaja kehilangan salah seorang atau kedua-dua ibu bapa yang di bawah kempen penahanan yang dilancarkan sejak tiga tahun lalu.

Susulan itu, penilaian formal dilakukan kerajaan untuk menentukan sama ada golongan itu memerlukan penjagaan pusat.

Di samping usaha untuk mengubah identiti penduduk dewasa di Xinjiang, bukti juga menunjukkan terdapat kempen selari secara sistematik untuk menghapuskan asal-usul kanak-kanak tersebut.

Kawalan dan pengawasan yang ketat di Xinjiang di mana para wartawan diekori selama 24 jam sehari menyukarkan usaha untuk mengumpulkan bukti di wilayah tersebut.

Namun, ia boleh diperoleh di Turki di mana penduduk Uighur berlindung dan melarikan diri daripada penindasan di China.

Di sebuah dewan besar di Istanbul, puluhan orang sanggup beratur untuk berkongsi kisah mereka dan kebanyakannya memegang foto kanak-kanak yang kini ‘hilang’.

Artikel Berkaitan:

“Saya tidak tahu siapa yang menjaga mereka. Mereka tidak dapat dihubungi sama sekali,” kata seorang wanita sambil menunjukkan gambar tiga anak perempuannya.

Seorang lagi ibu yang senasib dengan wanita itu turut memegang foto empat anaknya.

“Saya dapat tahu mereka dibawa ke rumah anak yatim,” ujarnya sambil menyapu air mata.

Dalam 60 sesi temu bual berdasarkan maklumat diberikan ibu bapa dan saudara-mara etnik Uighur mendedahkan kehilangan lebih 100 kanak-kanak di Xinjiang.

 Guru dan murid juga dilarang menggunakan bahasa tempatan selain daripada bahasa Cina.
Guru dan murid juga dilarang menggunakan bahasa tempatan selain daripada bahasa Cina.

Projek asrama baharu

Laporan siasatan terbaharu oleh BBC News menyoroti apa yang sebenarnya berlaku terhadap kanak-kanak di Xinjiang.

Sebelum ini, penyelidik Jerman, Dr Adrian Zenz berjaya membongkar tindakan penahanan besar-besaran terhadap orang dewasa di Xinjiang.

Kini, analisis dilakukan beliau mendapati terdapat peluasan projek pembinaan sekolah dalam jumlah luar biasa di wilayah autonomi tersebut.

Kampus telah diperbesarkan, asrama baharu dibina dan kapasiti meningkat pada skala besar-besaran.

Secara jelas, kerajaan dilihat meningkatkan keupayaan mereka untuk menjaga sepenuh masa sejumlah kanak-kanak dan dalam masa sama ia membina kem tahanan.

Sasaran mereka juga adalah kumpulan etnik yang sama.

Dalam tempoh setahun pada 2017, jumlah budak yang memasuki tadika di Xinjiang meningkat kepada lebih setengah juta dan 90 peratus daripada mereka adalah etnik Uighur dan minoriti Islam lain.

Pada April tahun lalu, pihak berkuasa daerah telah memindahkan 2,000 kanak-kanak dari perkampungan sekitar ke sekolah asrama, Yecheng County No 4.

Penyelidikan Zenz juga mendapati kerajaan cuba menggunakan kaedah sama untuk menghapuskan penggunaan bahasa etnik tempatan dari sekolah.

Peraturan sekolah individu menggariskan peraturan ketat yang akan mengenakan hukuman ke atas pelajar dan guru jika mereka tidak berbahasa Cina di sekolah.

Kebanyakan sekolah tersebut dilengkapi sistem kawalan keselamatan yang ketat termasuk pagar kawat berduri.
Kebanyakan sekolah tersebut dilengkapi sistem kawalan keselamatan yang ketat termasuk pagar kawat berduri.

Dikawal ketat

Sekolah asrama tersebut mendakwa mereka membenarkan kanak-kanak minoriti mempelajari tabiat kehidupan dan kebersihan diri lebih baik berbanding di rumah.

Ada segelintir budak mula memanggil guru mereka sebagai ‘ibu’.

BBC News cuba menghubungi Biro Pendidikan di Xinjiang untuk mengetahui tentang polisi rasmi berhubung kes tersebut, namun ramai yang enggan memberi butiran lanjut.

Menurut wakil agensi berita di Britain itu, mereka cuba bertanya kepada salah seorang pegawai di biro terbabit tentang apa yang berlaku kepada kanak-kanak selepas ibu bapa mereka dibawa ke kem tahanan.

“Mereka ada di sekolah asrama. Kami menyediakan penginapan, makanan, pakaian dan kami dimaklumkan oleh pihak atasan supaya menjaga mereka dengan baik,” katanya.

Di Xinjiang, kajian menunjukkan kesemua kanak-kanak kini berada di sekolah yang dikawal ketat langkah pengasingan dan pengurusan yang tertutup.

Kebanyakan sekolah tersebut dilengkapi sistem pengawasan menyeluruh dengan penggera perimeter dan pagar elektrik 10,000 volt.

Dasar tersebut dikeluarkan pada awal 2017 ketika kempen penahanan etnik Uighur meningkat secara dramatik.

“Saya fikir bukti tersebut adalah untuk memisahkan ibu bapa dan anak mereka secara sistematik. Ia adalah petunjuk yang jelas bahawa kerajaan Xinjiang cuba membina generasi baharu dengan menghapuskan kepercayaan agama, bahasa dan asal usul mereka.

“Saya percaya insiden menyasarkan etnik minoriti Islam ini adalah sebagai genosid budaya,” jelas Zenz. - BBC