Ditipu kawan WeChat dari United Kingdom

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Teruja untuk menerima hadiah daripada kenalan luar negara menyebabkan seorang kerani insurans kerugian RM4,200 kononnya untuk membiayai bayaran penghantaran.

Difahamkan mangsa yang berusia 24 tahun itu berkenalan dengan seorang lelaki dikenali sebagai James menerusi aplikasi WeChat Jun lalu.

Tanpa bersua muka dan hanya berhubung secara dalam talian, mangsa yang tinggal di Temerloh mudah terpedaya dengan pujukan suspek serta mempercayainya tanpa usul periksa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa sering berhubung dengan suspek yang menetap di United Kingdom melalui WeChat.

"Selepas beberapa hari berkenalan, suspek yang berasal dari Texas memberitahu dia sudah menghantar sepasang baju, kasut, telefon bimbit, serta barang kemas kepada mangsa melalui kurier sebagai hadiah perkenalan.

"Pada 27 Jun lalu, mangsa telah menerima satu panggilan dari syarikat kurier Wsc Delivery yang memaklumkan barang yang dihantar telah sampai namun mangsa perlu membuat bayaran RM4,200 sebagai duti kastam untuk menuntut barang tersebut.

"Tanpa berfikir panjang mangsa memasukkan wang berkenaan ke satu akaun Agro Bank yang telah diberikan oleh suspek," katanya di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, selepas memasukkan wang tersebut, mangsa sekali lagi dihubungi suspek untuk memasukkan duit sebagai bayaran tambahan

Artikel Berkaitan:

Namun, menurutnya, mangsa yang mengesyaki ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.