Bawa janin gugur ke balai polis sebagai bukti

Tavasum menunjukkan janin yang gugur akibat perutnya ditendang secara ganas.
Tavasum menunjukkan janin yang gugur akibat perutnya ditendang secara ganas.
A
A
A

NEW DELHI - Seorang wanita di India yang keguguran akibat ditendang enam lelaki di sebuah majlis perkahwinan nekad membawa janin bersamanya ke balai polis.

Mangsa dikenali sebagai Tavasum berusia 26 tahun itu sedang hamil lima bulan ketika dia diserang selepas pertengkaran tercetus berpunca daripada lagu dimainkan oleh DJ.

Dia turut ditemani ahli keluarganya ketika mahu membuat aduan di balai polis di Etah, Uttar Pradesh pada Selasa lalu.

Menurut Tavasum, perutnya ditendang secara ganas beberapa kali selepas pergaduhan itu berlaku di majlis perkahwinan saudaranya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan, kesemua tertuduh adalah saudara-mara mangsa.

“Pada 27 Jun lalu, suami mangsa, Imran dan dua tertuduh lain, Adil dan Abdul terlibat dalam pergaduhan. Ketiga-tiga mereka dibawa ke balai polis dan berdepan dakwaan melanggar ketenteraman awam,” ujarnya.

Difahamkan, Tavasum membuat aduan tersebut kira-kira lima hari selepas kejadian itu. - Agensi

Artikel Berkaitan: