Wanita gelandangan tular rupanya penagih

Mina yang dikatakan hamil enam bulan selepas tular di media sosial telah ditahan oleh AADK dan JKM setelah didapati positif dadah dalam Ops Gelandangan di Plaza Kuantan.
Mina yang dikatakan hamil enam bulan selepas tular di media sosial telah ditahan oleh AADK dan JKM setelah didapati positif dadah dalam Ops Gelandangan di Plaza Kuantan.
A
A
A

KUANTAN - Wanita gelandangan yang didakwa mengandung enam bulan disyaki penagih dadah antara tiga individu yang ditahan dalam Ops Gelandangan sekitar kawasan Plaza Kuantan di sini semalam.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Zulkhairi Zainal Abidin berkata, operasi dilakukan selepas pihaknya mendapat laporan mengenai gelandangan terabai di kawasan pusat membeli belah tersebut yang tular di laman media sosial Facebook.

Menurutnya, operasi yang bermula pada jam 3 petang semalam turut disertai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pahang.

"Kita akan meneruskan operasi seumpamanya untuk membersihkan bandar ini daripada kegiatan yang boleh mencemarkan imej Kuantan.

"Ketika operasi dijalankan, kita menjumpai lima orang tetapi dua orang telah melarikan diri ketika operasi dilaksanakan.

"Seorang wanita yang telah tular dalam media sosial dan seorang lelaki didapati positif dadah hasil ujian air kencing yang dilakukan oleh pihak AADK.

"Seorang lagi disyaki mental turut ditahan dan telah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut manakala mereka yang positif dadah kita serahkan kepada pihak AADK," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi.

Artikel Berkaitan:

Kehadiran gelandangan membuatkan peniaga-peniaga di sini kurang selesa.
Kehadiran gelandangan membuatkan peniaga-peniaga di sini kurang selesa.

Terdahulu, video dan gambar memaparkan seorang wanita yang menjadi gelandangan di Plaza Kuantan tular dan menerima pelbagai kritikan positif mahupun negatif daripada netizen.

Sementara itu, sebelum Ops Gelandangan dilaksanakan, penulis telah melakukan tinjauan ke pusat membeli belah tersebut bagi menyelami kehidupan gelandangan di situ.

Ketika melalui kawasan tersebut, pakaian lusuh digantung pada dinding plaza dan dipenuhi dengan hamparan tilam berbau mengganggu orang awam yang lalu lalang di sini.

No Image Caption

Kelihatan juga tikus berkeliaran menjadi teman sebantal gelandangan kerana makanan dibiarkan begitu sahaja.

Bagi seorang gelandangan yang dikenali sebagai Mina berkata, dirinya sudah enam bulan menetap di Kuantan selepas tidak selesa untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur.

"Di sini saya mendapat tempat untuk berteduh dan berehat malah lebih selesa kepada saya dan anak dalam kandungan.

Seorang anggota AADK bersama dengan anggota JKM telah melakukan pemeriksaan ujian air kencing dan mendapati dua daripada mereka positif dadah.
Seorang anggota AADK bersama dengan anggota JKM telah melakukan pemeriksaan ujian air kencing dan mendapati dua daripada mereka positif dadah.

"Ikutkan memang risau keadaan anak dengan makanan dan kesihatan yang tidak menentu dan hanya mengharapkan ihsan orang ramai, namun saya berserah serta reda dengan kehidupan ini," katanya.

Sementara itu, bagi seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Zahara, dia sememangnya tidak selesa dengan keadaan gelandangan tersebut apabila menyebabkan kawasan kaki lima plaza ini menjadi kotor.

"Saya bukan tidak suka kepada mereka malah saya simpati dengan nasib mereka cuma mereka ini tidak tahu jaga kebersihan...tak pasal tempat sekitar sini menjadi kotor.

"Kedai saya yang agak dekat dengan tempat mereka duduk menyebabkan kawasan sekitar berbau dan dipenuhi tikus-tikus.

"Bila dapat tahu mereka ini rupanya penagih, saya bersyukur kerana pihak berkuasa telah mengambil tindakan kerana penagih ini bahaya dan boleh mendatangkan kecederaan kepada kami," katanya.