Siapa menang dalam debat politik?

A
A

DALAM kolum hari ini saya ingin berkongsi beberapa pemikiran tentang sifat-sifat sebuah debat politik dalam kedua-dua idea pragmatik dan konteks kerohanian.

Sedang negara Malaysia bergerak ke dalam situasi yang belum pernah diterokai oleh sebuah demokrasi yang baru, cadangan sebuah debat di antara dua ahli politik yang berbeza parti kelihatan seperti kemajuan yang matang.

Keadaan ini, pada pendapat saya, adalah suatu pandangan yang terlalu mudah. Ia adalah sebuah perspektif yang tidak mengambil kira keadaan dan konteks polarisasi perkauman dan kemarahan agama yang mendalam.

Sebuah debat politik dalam konteks yang pragmatik akan melihat pemenang debat itu dalam cara yang berikut. Pemenang itu adalah pendebat yang memberi hujah dengan fakta dan angka yang menolak setiap pendapat lawannya.

Kita akan berfikir bahawa ini adalah pemenang yang jelas. Tidak begitu dalam politik sebenar. Saya dapat melihat bahawa pemenang populis adalah pendebat yang mempunyai formula kemenangan seperti berikut. Yang pertama adalah pendebat yang dapat berhujah tentang sebarang tajuk tanpa fakta dan angka yang banyak.

Pendebat yang menang dilihat dapat ‘menghibur’ para hadirin dengan serangan pintarnya, anekdot yang menarik dan juga menyindir watak peribadi lawannya.

Pemenang dapat banyak ketawa dan ‘oohs’ atau ‘aahs’ dan mempunyai suasana yang sama dalam pertarungan ayam.

Pendebat yang menang tidak akan berhenti tetapi akan memusnahkan lawannya sehingga pendebat yang kalah jatuh tersungkur tanpa ada kekuatan untuk bangun semula dan melawan.

Pendebat yang menang akan menggunakan sebarang bahan yang difikirkan sesuai untuk mengalahkan pihak lawan.

Pendebat itu mungkin juga menggunakan isu perkauman atau agama untuk mengaburkan sebarang caj rasuah dan juga membangkitkan insiden sejarah yang lama yang memihak kepada satu kumpulan etnik yang mana pendebat yang menang adalah daripada kumpulan etnik yang sama. Fakta tidak penting. Sentimen yang sebenarnya berkuasa.

Hujah

Dalam alam kerohanian, pendebat yang menang adalah berbeza sepenuhnya daripada pemenang yang pragmatik. Untuk kefahaman ini, saya perlu merujuk kepada buku yang telah usang iaitu buku Ihya Ulumuddin oleh Imam Ghazali versi terjemahan Melayu-Indonesia.

Dalam bab panjang yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu-Indonesia iaitu Bencana Lisan, ahli akademik Sufi yang hebat itu mempersembahkan pemikiran mencari ketenangan jiwa dalam ucapan, perbualan, lawak jenaka, pertengkaran, fitnah dan banyak lagi aspek komunikasi lisan. Di bawah bab kecil tentang ‘pertengkaran’ dan juga bab-bab kecil yang lain, saya telah mengenalpasti beberapa perkara di bawah:

Pendebat yang menang dalam rangka kerohanian adalah orang yang memberi cukup hujah-hujah dan data untuk melawan pendebat lawan di mana dia tidak membuatkan pihak lawannya nampak ‘bodoh’.

Cukup untuk memenangi hujah dan tidak lebih daripada itu. Kedua, pendebat yang menang dalam rangka kerohanian tidak akan memalukan ciri-ciri peribadi tertentu pihak lawan. Ketiga, pendebat yang menang akan berhati-hati supaya tidak merujuk kepada sebarang isu sejarah di luar subjek yang dipersoalkan ataupun di dalam subjek yang dipersoalkan jikalau naratif itu mungkin akan menyebabkan masalah yang lebih besar seperti kebencian kaum atau kebencian agama.

Pemenang yang paling hebat dalam rangka kerohanian ialah pendebat yang tahu bahawa dia boleh menang dan kalahkan lawannya dengan menggunakan sebuah hujah yang populis atau ‘betul’ tetapi menahan tidak berbuat demikian kerana bimbang akan konflik yang lebih besar di luar dewan debat.

Pendebat yang memilih untuk diam pada suatu isu yang boleh mematikan pihak lawan ialah pemenang kerohanian dalam debat itu walaupun lawannya mungkin mencabarnya untuk menggunakan isu itu.

Pernah diperkatakan bahawa pahlawan yang paling kuat adalah bukan seorang yang boleh mengalahkan pihak lawan tetapi ia adalah seorang yang boleh menakluki diri nya sendiri.

Ahli politik yang boleh menakluk harga dirinya sendiri, nama baik dan kebolehan dalam mempersembahkan hujah berupaya menolak cabaran untuk terlibat dalam isu-isu yang membahayakan hubungan antara kaum adalah jelas pemenang kerohanian sebuah debat politik.

Pendebat Islam mungkin bersorak kepada ‘kemenangan’ populisnya dalam rangka pragmatik tetapi pendebat bukan Islam yang mementingkan keharmonian masyarakat tidak kisah jikalau ia ‘kalah’ dari aspek politik tetapi dialah pemenang sebenar di dalam rangka kerohanian Islam.

Maka itu, siapa pemenang sebenar di dalam sebuah debat politik dalam Malaysia Baru ini?


PENAFIAN:
SINAR HARIAN tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian SINAR HARIAN. Terima kasih.