Pesara tentera menang Perodua Axia

Nek Fauji (dua dari kiri) menerima replika kunci hadiah kereta Perodua Axia yang dimenangi dalam cabutan bertuah My Hartanah.
Nek Fauji (dua dari kiri) menerima replika kunci hadiah kereta Perodua Axia yang dimenangi dalam cabutan bertuah My Hartanah.
A
A
A

TANAH MERAH - [DIKEMASKINI] Seorang pesara tentera tidak menyangka dapat membawa pulang sebuah kereta jenis Perodua Axia selepas diumumkan sebagai pemenang cabutan bertuah dalam majlis Sambutan Aidilfitri My Hartanah di Putra Valley di sini.

Nek Fauji Hamad, 53, berkata, dia tidak menyangka pembelian tanah lot banglo yang ditempahnya, selepas Syawal keempat lalu melayakkan dia menerima nombor cabutan bertuah dan seterusnya terpilih sebagai pemenang hadiah utama.

"Saya baru sahaja niat beli tanah untuk buat rumah di Kampung Bendang Nyior lepas raya keempat lalu.

"Harga tanah itu bernilai RM25,000 dengan keluasan 5,500 kaki persegi," katanya.

Menurut Nek Fauji, dia juga tidak mengetahui dengan pembelian tanah itu melayakkan dia menerima nombor cabutan bertuah dan terpilih sebagai pemenang.

"Alhamdullilah, kereta ini merupakan hadiah tidak ternilai dan akan saya gunakan untuk kegunaan sendiri.

"Terima kasih kepada pihak penganjur yang menjayakan program ini dan kami sebagai pembeli terasa amat dihargai dengan majlis seumpama ini," katanya.

Hadiah disampaikan mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Zainuddin Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

Dalam majlis itu pelbagai hadiah cabutan bertuah turut disediakan selain Perodua Axia, antaranya, pakej umrah dan sejadah.