'Saya tak pernah lari daripada bayar cukai'

Najib
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau tidak pernah gagal membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun.

Menurutnya, afidavit kerajaan Pakatan Harapan (PH) sendiri telah membuktikan pembayaran cukainya itu.

“Saya tegaskan sekali lagi bahawa afidavit kerajaan PH sendiri telah membuktikan bahawa saya telah melapor dan membayar cukai LHDN setiap tahun tanpa gagal.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan tuntut Najib bayar RM1.69b cukai pendapatan LHDN

"Oleh itu, saya tak pernah lari daripada membayar cukai,” katanya dalam hantaran di Facebooknya.

Najib berkata, cukai berkenaan dikenakan ke atas apa yang beliau terima melalui akaun bank.

“Saya terima daripada derma dan sumbangan luar negara dalam akaun saya termasuk sumbangan daripada Menteri Kewangan Arab Saudi dan Putera Arab yang telah disahkan oleh pegawai bank dalam perbicaraan kes SRC (SRC International Sdn Bhd),” katanya.