Peraduan Wayang HibSinar – Dilan 1991

No Image Caption
A
A
A

SELEPAS meraih sambutan luar biasa menerusi siri pertamanya, Dilan 1990, filem bertemakan cinta remaja ini kembali dengan kisah sekuelnya, Dilan 1991 yang bakal menemui penonton mulai 11 Julai ini.

Jika filem pertamanya mencipta kejayaan manis apabila ditonton lebih 6.2 juta penonton di Indonesia dalam tempoh dua minggu tayangannya, filem kedua ini juga mempunyai potensi yang serupa apabila tampil dengan jalan cerita yang lebih menarik..

Masih menampilkan Iqbaal Ramadhan dan Vanesha Prescilla selaku teraju utama, filem arahan Fajar Bustomi serta Pidi Baiq ini mengisahkan tentang pergolakan dan konflik yang berlaku dalam hubungan anak muda ini.

Teman wanita Dilan, Milea risau akan masa depan mereka selepas Dilan bergaduh dengan Anhar dan berkemungkinan akan dibuang sekolah. Akhirnya dia meminta Dilan memilih antara kumpulan motosikalnya dan hubungan cinta mereka.

No Image Caption

Pada masa yang sama, Milea berkenalan dengan Yugo, anak kepada sepupu jauh ayahnya. Yugo baru sahaja pulang dari Belgium dan mereka banyak menghabiskan masa bersama. Walaupun Yugo menaruh hati pada dia, Milea masih mencintai Dilan.

Apakah yang berlaku seterusnya? Mampukah Dilan dan Milea mempertahankan cinta mereka? Dapatkan jawapannya dengan menonton filem ini di pawagam.

PERADUAN

Menangi tiket percuma dan menjadi antara yang terawal menonton filem Dilan 1991 - WayangHibSinar (Sinar Harian) dengan menulis slogan menarik dan kreatif tentang filem ini.

Artikel Berkaitan:

Saya mahu menjadi antara yang terawal menonton filem Dilan 1991 kerana:

............................................................................................................................................................

Lengkapkan slogan tersebut beserta info diri anda (Nama Penuh, No K/P, Alamat, No. Telefon) dan emel ke: hiburan.sinar@gmail.com (tarikh tutup: 7 Julai 2019).

INFO TAYANGAN

Tarikh: 9 Julai 2019 (Selasa)

Masa: 8.15 Malam

Lokasi: TGV 1Utama

(Terima kasih: TGV Pictures)

**Hanya terbuka kepada anda yang menetap di sekitar Lembah Klang sahaja. (Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan terpantas dengan slogan menarik).