Didakwa terlibat penggubahan dana 1MDB, Riza Aziz diikat jamin RM1 juta

A
A

Didakwa terlibat penggubahan dana 1MDB, Riza Aziz diikat jamin RM1 juta

Anak tiri Datuk Seri Najib Tun Razak, Riza Shahriz Aziz yang mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membayar jaminan sebanyak RM1 juta.

Pengasas syarikat pembikinan filem Hollywood, Riza Shariz Abdul Aziz, 49, mengaku tidak bersalah ke atas lima pertuduhan membabitkan penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM1.026 bilion, di Mahkamah Sesyen hari ini.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Riza didakwa melibatkan diri dalam aktiviti penggubahan wang haram, iaitu menerima wang sejumlah RM4.72 juta dan RM37.2 juta dari Good Star Limited melalui akaun Red Granite Pictures.

Bagi pertuduhan ketiga, keempat dan kelima, beliau didakwa menerima wang sejumlah RM550 juta, RM248 juta dan (RM182 juta dari Aabar Investment PJS Ltd melalui akaun Red Granite Capital Ltd.

Zahid anggap 87 pertuduhan di mahkamah harga sebuah perjuangan

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu menumpukan kepada dua agenda besar selepas kembali daripada bercuti.

Memetik tulisannya di Utusan Malaysia, Ahmad Zahid berkata, fokus utama beliau adalah merapatkan saf kepimpinan dan ahli serta merealisasikan agenda ta’awun siyasi UMNO dengan Pas.

Kata Ahmad Zahid, walaupun berdepan dengan 87 pertuduhan di mahkamah, beliau tetap positif dengan ketentuan itu sebagai harga sebuah perjuangan.

Bagi perkara tersebut katanya, beliau akan menghadapinya secara peribadi tanpa melibatkan dan menjejaskan UMNO sebagai organisasi politik apatah lagi kepimpinan serta ahli parti.

9 kilang di Pasir Gudang diarah tutup sementara

Sebuah kilang diberi perintah tahan operasi (tutup sementara) semalam, menjadikan keseluruhan sembilan kilang menerima arahan itu susulan insiden pencemaran udara di Pasir Gudang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar, berkata selain lapan perintah tahan operasi, 147 kompaun dan notis sudah dikeluarkan setakat semalam.

Katanya, dua kilang juga sudah diserahkan arahan syor tindakan mahkamah dalam operasi penjejakan dan penyiasatan yang dijalankan.

Kata beliau, secara keseluruhan, pemantauan berterusan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) sudah mengambil tindakan penjejakan dan penyiasatan terhadap 182 premis, meningkat daripada 153 sebelumini, bagi kesalahan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Usia minimum kahwin wanita kekal 16 tahun di Kelantan

Kerajaan Kelantan tidak akan mengikut jejak langkah Selangor dan Sabah yang menetapkan usia minimum perkahwinan kepada 18 tahun bagi lelaki dan perempuan.

Exconya bertegas usia perkahwinan di negeri itu iaitu 18 tahun lelaki, manakala 16 tahun perempuan dikekalkan.

Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, buat masa ini, tiada ada keperluan untuk kerajaan negeri mengkaji semula usia minimum (perkahwinan).

Namun ketua penerangan PAS Kelantan itu berkata perkahwinan mesti mendapat kelulusan bertulis mengikut Seksyen 8 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2002.

Tweet

Pencemaran udara toksik: Rakyat saman Presiden Indonesia

Warga Jakarta memfailkan saman terhadap Presidennya, Joko Widodo atau Jokowi kerana kegagalan pemerintah menangani pencemaran udara toksik di ibu kota Indonesia.

Jakarta diselubungi jerebu hampir sepanjang bulan lalu, manakala bacaan kualiti udara merekodkan ketumpatan tinggi partikel halus bahaya dikenali sebagai PM2.5.

Bosan kerana pencemaran udara makin buruk, sekumpulan 32 penduduk Jakarta memfailkan saman terhadap Jokowi, Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan, Kementerian Kesihatan serta Gabenor Jakarta.

Plaintif termasuk aktivis, pekerja pejabat dan pemandu teksi motosikal, mahu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu tersebut di samping memaksa pemerintah bertindak.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia