Koperal dibebas dengan jaminan polis

Kamarudin Md Din
Kamarudin Md Din
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang anggota polis berpangkat koperal sokongan dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini, selepas direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan sejumlah dadah di lokap Mahkamah Johor Bahru pada Selasa lalu.

Difahamkan, suspek lelaki berusia 42 tahun itu bertugas sebagai pengiring polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam untuk membawa Orang Kena Tahan (OKT) ke lokap mahkamah.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din berkata, panahanan terhadap suspek dilakukan kira-kira jam 3.30 petang pada hari berkenaan.

“Tangkapan terhadap suspek adalah bagi membantu siasatan susulan penemuan dadah disyaki jenis syabu seberat 148.96g, ganja 391.60g dan heroin 184.85g.

“Terdapat juga pil eramin dengan berat 525.68g bersamaan 128 biji yang ditemui anggota polis di lokap Mahkamah Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamarudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

“Suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas menjalani tempoh reman selama tiga hari sejak Rabu lalu.

“Suspek juga didapati negatif semua jenis dadah berdasarkan ujian saringan air kencing yang dilakukan,” katanya.

Artikel Berkaitan: