Bayi lima hari maut kemalangan

Kemalangan mengakibatkan bayi berusia lima hari meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu pagi tadi.
Kemalangan mengakibatkan bayi berusia lima hari meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu pagi tadi.
A
A
A

BATANG KALI - Bayi berusia lima hari yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan pagi tadi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu.

Ibu bayi berkenaan berusia 35 tahun mengalami kecederaan parah dengan kesakitan di bahagian perut akibat luka pembedahan ceaser dan kini menerima rawatan di Hospital Selayang.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kemalangan berlaku di KM49 Jalan Kuala Lumpur - Ipoh berdekatan Jabatan Pertanian Batang kali, jam 9.45 pagi.

Menurutnya, Perodua Bezza dipandu bapa bayi berkenaan dalam perjalanan dari Batang Kali menghala ke Klinik Ibu dan Anak Rasa.

"Sampai di tempat kejadian, Perodua Bezza melanggar bahagian hadapan kereta Proton Saga yang datang dari arah bertentangan secara tiba-tiba membuat pusingan U di tempat kejadian.

#huluselangor #batangkali Bayi maut kemalangan sedang menyusu badan ibu BATANG KALI - Bayi berusia lima hari yang maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Kuala Lumpur - Ipoh pagi tadi sedang menyusu badan ibunya di tempat duduk hadapan. Bapa bayi, Khairi Khalil, 31, berkata, dia memandu kereta jenis Perodua Bezza dalam perjalanan dari rumahnya di Ligamas menuju ke Klinik Kesihatan Rasa. Menurutnya, isteri, Norasida Ishak, 35, memangku sambil menyusukan anak kedua mereka, Inara Khairi. "Saya keluar dari rumah dan nak ke klinik sebab anak kena demam kuning selepas lima hari dilahirkan di Hospital Selayang "Ada sebuah kereta Proton Saga di laluan bertentangan yang tiba-tiba membelok membuat pusingan U secara mengejut di depan kereta saya. "Saya cuba mengelak tapi terbabas ke pengadang bahu jalan dan pada masa sama ada sebuah Perodua Myvi di belakang saya pun tak sempat mengelak," katanya kepada Sinar Harian. Khairi berkata, perlanggaran menyebabkan kedudukan isteri dan anaknya tergerak ke bahagian bawah papan pemuka kereta. Menurutnya, orang ramai memberi bantuan kecemasan Resutasi Kardiopulmonari (CPR) menggunakan tekanan dada selepas bayi berkenaan tidak sedarkan diri. "Ketika sampai di hospital dan diberikan rawatan, denyutan nadi masih ada tapi tak sampai lima minit anak saya disahkan meninggal dunia dalam tengah hari tadi," katanya. Khairi berkata, jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batang Kali. Sementara itu menurutnya, isteri kini dirawat di Hospital Selayang selepas mengalami kecederaan parah dan sakit di bahagian perut akibat luka pembedahan Ceaser. Video dan gambar kemalangan terbabit tular di media sosial. [ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/36044/BERITA/Tragedi/Bayi-lima-hari-maut-kemalangan ] Laporan : MOJO Sinar Harian Selangor MOHD RIDZUAN ABU HASSAN

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Friday, July 5, 2019

"Perlanggaran mengakibatkan Bezza terbabas melanggar pengadang besi jalan di sebelah kiri jalan.

"Pada masa yang sama datang kereta Perodua Myvi dari arah belakang Bezza juga tidak sempat mengelak," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, bapa bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu Proton Saga berusia 56 tahun cedera di bahagian leher dan kepala.

Menurutnya, kes diklasifikasi di bawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Bahagian Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hulu Selangor, Leftenan (PA) Ab Azizul Hakim Ab Rahim berkata, empat anggota ke lokasi kejadian mendapati empat mangsa cedera termasuk bayi berkenaan.

"Mangsa yang cedera diberi bantuan rawatan awal oleh anggota APM bersama pasukan perubatan Kementerian Kesihatan dan mangsa berjaya dibawa keluar dari kenderaan terlibat.

"Semua mangsa cedera dikejarkan ke hospital dengan menggunakan ambulans APM dan KKM untuk rawatan segera," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemalangan: Bayi antara empat mangsa cedera