Isuzu perkenal Elf terbaharu

Menjadikannya barisan jentera komersial dengan pilihan varian paling banyak ketika ini

PENGENDALIAN lebih mudah dan kabin yang selesa antara elemen yang dipertingkatkan bagi versi tahun 2019.
PENGENDALIAN lebih mudah dan kabin yang selesa antara elemen yang dipertingkatkan bagi versi tahun 2019.
A
A
A

JENAMA trak terkenal di Malaysia, Isuzu Malaysia memperkenalkan barisan model dan varian bagi trak Elf dan Forward terbaharunya.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura berkata, model Elf itu merangkumi versi empat roda, enam roda, 4x4 dan Crew-Cab menjadikannya barisan jentera komersial dengan pilihan paling banyak dalam pasaran ketika ini.

Berdasarkan rekod, kini terdapat 19 varian bagi model Elf.

"Dengan pilihan yang banyak, pelanggan atau pengendali trak boleh memilih trak Isuzu yang paling menepati keperluan operasi perniagaan mereka terus daripada pengeluar, bersesuaian untuk tujuan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Disebabkan kecekapan dan ketahanannya turut mendorong Isuzu Malaysia memperkenalkan tiga varian Crew-Cab pada tahun. Secara keseluruhannya terdapat empat model dalam segmen berkenaan.

Bagi barisan trak Forward - model FVR34 kini berkapasiti GVW (19 tan). Ia lebih tinggi berbanding kapasiti 18 tan ketika ini.

Tidak hanya membolehkan pengendali untuk memaksimumkan kapasiti setiap kali perjalanan, ia juga dapat mengurangkan kos pengangkutan secara keseluruhan.

Selain itu, pengendalian mudah barisan trak Forward menjadikannya sangat sesuai untuk pengangkutan antara bandar. Tidak perlu untuk memunggah muatan ke dalam kenderaan lebih kecil bagi tujuan agihan penghantaran seterusnya.

Artikel Berkaitan:

Kapasiti gandar depan juga telah dipertingkatkan kepada 7,500 kilogram sekali gus menyumbang kepada kapasiti muatan keseluruhan yang lebih baik.

Barisan trak terbaharu itu akan mula dijual untuk pasaran tempatan pada suku ketiga tahun 2019. Ia dijangka meningkatkan lagi perhatian terhadap jenama tersebut terutama dalam segmen kenderaan tugasan ringan.