Remaja Palestin ditembak rejim Zionis meninggal

000_1B61AZ
000_1B61AZ
A
A
A

GENTING GAZA - PALESTIN. Seorang remaja Palestin berusia 18 tahun meninggal dunia, hari ini akibat ditembak rejim Zionis, sekali gus menjadikan jumlah kematian akibat pertempuran di sempadan wilayah Gaza sehari sebelum itu mencecah empat orang.

Ayman Sheher cedera akibat tembakan mengenai perutnya ketika kejadian di Deir al-Balah di tengah Gaza, semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, tiga penduduk Palestin lain termasuk remaja berumur 16 tahun maut selepas pihak berkuasa Israel melepaskan tembakan di sepanjang sempadan.

"Lebih 40 termasuk dua wartawan turut cedera dalam kejadian itu," kata jurucakapnya, Ashraf al-Qudra.

Sementara itu, tentera Israel memaklumkan kira-kira 8,000 penunjuk perasaan berkumpul di sempadan dan mereka melepaskan tembakan kononnya sebagai mengikut 'prosedur operasi'.

Sekurang-kurangnya 239 penduduk Palestin terbunuh sejak protes mingguan di Genting Gaza itu dilancarkan pada 30 Mac lalu. - AFP

Artikel Berkaitan: