X

Kindly register in order to view this article
!

'Aksi' awang hitam cuba lepaskan diri

Sebahagian warga asing yang ditahan dalam Ops Sapu di sebuah apartment di Jalan Segambut, di sini, awal pagi tadi.
A
A

KUALA LUMPUR - 'Kemeriahan' warga Afrika bersantai di pekarangan Pangsapuri Desa Aman Puri, di sini, dikejutkan dengan serbuan pihak berkuasa.

Menyedari hal itu, ada antara warga Afrika itu sanggup terjun ke kawasan tebing belukar ketinggian kira-kira 10 meter, malah ada yang bergelut dengan pihak berkuasa untuk melepaskan diri.

Itu antara situasi panas yang berlaku dalam operasi Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, kira-kira jam 10.45 malam tadi.

Semasa serbuan, ada antara warga Afrika ini sedang berada di kedai makan dengan membuat bising dan mabuk hingga mengganggu ketenteraman penduduk tempatan.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, Ops Kutip berjaya menahan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk empat wanita berusia 25 hingga 45 tahun.

"Semakan mendapati mereka ini terdiri daripada warga Afrika (18), Thailand (1) dan Indonesia (1).

"Mereka ini dikesan dipercayai melakukan kesalahan memalsukan pas kerja serta gagal mengemukakan dokumen yang sah," katanya kepada Sinar Harian.

Antara warga Afrika yang ditahan dalam Ops Kutip di Pangsapuri Desa Aman Puri, di sini, malam tadi.
Antara warga Afrika yang ditahan dalam Ops Kutip di Pangsapuri Desa Aman Puri, di sini, malam tadi.

Dalam operasi berlainan, Ops Sapu yang dijalankan di sebuah apartmen di Jalan Segambut, di sini, kira-kira jam 2.15 pagi tadi menahan 52 PATI termasuk tujuh wanita serta tiga kanak-kanak.

Katanya, mengikut pecahan tangkapan, PATI yang ditahan adalah Indonesia (17), Bangladesh (29), Pakistan (3), Filipina (2) dan Nepal (1).

"PATI ini dipercayai menyewa apartmen tersebut dengan bayaran RM1,200 sehingga RM1,500 untuk dijadikan tempat tinggal. Kita pandang serius perkara ini dan Imigresen akan mengesan pemilik kediaman tersebut untuk bantu siasatan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!