Saya sudah katakan apa yang nak dikatakan: Nurul Izzah

Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau tidak bercadang untuk menjelaskan tentang keputusannya melepaskan jawatan dalam parti.

"Saya sudah katakan apa yang saya mahu katakan dan saya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lagi.

"Biarkan hari ini bercerita tentang anak-anak," kata Nurul Izzah yang berada di acara Majlis Lembaga Kelab Kiwanis pada Sabtu.

Bapanya yang merupakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan pada Jumaat dan berkata, beliau menyokong keputusan anak perempuannya.

Beliau berkata, ia terpulang sepenuhnya kepada Nurul Izzah yang sentiasa berani mempertahankan perkara yang dipercayai oleh beliau.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, bahawa beliau dan Nurul Izzah sudah lama berbincang tentang hasrat ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk meletakkan jawatan.

"Saya bukan orangnya untuk mendedahkan butiran lanjut, tetapi saya tahu bahawa dengan perkembangan politik selama sembilan bulan terakhir ini yang tidak berkesudahan.

"Beliau letih dan bosan dengan penipuan dan komplot oleh mereka yang lebih berminat untuk bermain politik dan bukannya memberi tumpuan kepada membantu rakyat," kata Anwar dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Anwar memberi contoh tentang tindakan beberapa pemimpin yang lompat parti demi menyelamatkan 'pengaruh politik' mereka dan telah menyebabkan kekecewaan rakyat. - The Star