SGW membabitkan 9 persimpangan lampu isyarat

Lampu isyarat di Lebuh Ayer Keroh yang menggunakan teknologi SGW.
Lampu isyarat di Lebuh Ayer Keroh yang menggunakan teknologi SGW.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan Melaka akan memperluaskan penggunaan lampu isyarat pintar menggunakan teknologi 'Synchronize Green Wave’ (SGW) di semua jalan utama di negeri ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Sofi Wahab berkata, setakat ini sebanyak sembilan persimpangan lampu isyarat di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah - Jasin (AMJ) dikenal pasti untuk menggunakan teknologi berkenaan bermula daripada persimpangan Melaka Sentral hingga persimpangan Tesco Cheng.

"Kita akan melakukan pengujian bagi mendapatkan penyelarasan masa sistem lampu isyarat yang sedang dibangunkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di setiap persimpangan di laluan tersebut seperti yang dilakukan di Lebuh Ayer Keroh.

"Usaha untuk memperluaskan penggunaan SGW susulan kejayaan projek perintis penggunaan sistem berkenaan untuk lampu-lampu isyarat di Lebuh Ayer Keroh. Kita melakukan ujian sejak Mei lalu, sasaran kita ujian ini akan berakhir pada Ogos depan dan harap pengguna dapat mematuhi aliran fasa serta tempoh masa lampu isyarat yang sedang diuji," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pengguna juga diharapkan bersabar kerana dalam tempoh ujian tersebut pasti akan berlaku gangguan aliran trafik di persimpangan tersebut.

"Kita menjangkakan selepas pengujian ini dilakukan lampu-lampu isyarat terbabit akan dapat ditambah baik sebagaimana berjaya dilakukan kepada lampu-lampu isyarat di Lebuh Ayer Keroh," katanya.

Artikel Berkaitan: