Lampard yakin Chelsea kembali digeruni

Lampard yakin mampu membawa Chelsea menjadi pasukan digeruni dalam saingan EPL musim depan.
Lampard yakin mampu membawa Chelsea menjadi pasukan digeruni dalam saingan EPL musim depan.
A
A
A

PENGENDALI baharu Chelsea, Frank Lampard percaya The Blues akan kembali digeruni dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selain terus kekal dalam kelompok pasukan empat terbaik.

Menurutnya, Chelsea memiliki segalanya yang diperlukan untuk menjadi sebuah pasukan hebat dan tugasnya kini adalah mengilap kembali potensi tersebut agar pasukan tersebut mampu bersaing untuk merebut trofi EPL.

"Saya tahu ada persaingan sukar di kelompok teratas liga, tetapi Chelsea mempunyai pasukan yang sangat bagus. Saya tidak mahu mengecilkan pasukan kerana pemain di sini berbakat besar.

"Pasukan ini berjaya menamatkan liga di kedudukan ketiga dan menang Liga Europa. Jadi, kami masih berada di landasan yang betul," katanya.

Lampard, 41 dilantik sebagai pengendali baharu Chelsea menggantikan Maurizio Sarri untuk tempoh tiga tahun.

Namun, tugas berat menanti Lampard selepas pasukan itu kehilangan Eden Hazard yang berpindah ke Real Madrid bahkan bekas pemain kebangsaan England itu juga tidak mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan pasukan melainkan pengalaman setahun memimbing Derby Country.

Malah, dia juga bakal menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pemain baharu kerana Chelsea dikenakan hukuman tidak boleh membeli pemain pada jendela perpindahan kali ini.

Bagaimanapun, kata Lampard, dia tidak kisah dengan risiko yang bakal dihadapinya selain positif semuanya akan berjalan lancar untuk pasukan itu.

Artikel Berkaitan:

"Saya tahu apa yang diharapkan dan saya faham tugas saya di sini. Saya tidak melihat pelbagai masalah itu sebagai satu risiko.

"Saya seorang dengan perwatakan yang sukakan cabaran dan tidak takut dengan kegagalan.Saya sudah sedia untuk berdiri dan menerima segala yang akan terjadi," katanya.