Mayat mangsa lemas ditemui hari ini

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Foto ihsan bomba
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Foto ihsan bomba
A
A
A

TEMERLOH - Mayat seorang lelaki yang dipercayai lemas di Sungai Semantan dekat Kampung Kuala Kaung, Lanchang Rabu lalu ditemui hari ini.

Mangsa iaitu seorang warganegara Indonesia, Zul Fikar Zakaria, 33, ditemui oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kira-kira jam 8.35 pagi dengan jarak kira-kira 50 meter dari lokasi lelaki terbabit tenggelam.

Pegawai Operasi,Pegawai Bomba Kanan II, Khairuddin Mat Said memberitahu, mayat ditemui tersangkut di ranting pokok di permukaan sungai tersebut.

Menurutnya, mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Rabu lalu, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai itu kira-kira jam 3.49 petang ketika mencari ikan.

Seorang saksi ternampak mangsa selepas mendengar jeritannya sebelum hanyut dan tenggelam.

Artikel Berkaitan: