Arab Saudi pintas dron pemberontak Houthi

Bangkai dron pemberontak Houthi di Yemen yang berjaya dipintas Arab Saudi.
Bangkai dron pemberontak Houthi di Yemen yang berjaya dipintas Arab Saudi.
A
A
A

RIYADH - Arab Saudi berjaya mematahkan serangan dron terbaharu yang dilancarkan pemberontak Houthi di Yemen.

Menurut kenyataan disiarkan Agensi Media Saudi (SPA), serangan itu mensasarkan lapangan terbang Jizan ketika Houthi meningkatkan serangan ke atas bandar berkenaan.

Tambah SPA, tiada kerosakan atau kematian dilaporkan susulan serangan itu.

Pemberontak Houthi yang berhadapan pengeboman sengit tentera pakatan sejak Mac 2015 yang menyebabkan angka kematian tinggi penduduk awam, meningkatkan serangan peluru berpandu dan dron melepasi sempadan sejak beberapa minggu ini

Selasa lalu, serangan Houthi di lapangan terbang Abha menyebabkan sembilan penduduk awam cedera.

Pada 12 Jun lalu, serangan peluru berpandu di Abha mencederakan 26 penduduk awam, mendorong pasukan pakatan berjanji mengambil tindakan keras. - AFP

Artikel Berkaitan: