X

Kindly register in order to view this article
!

Bayi nama Google dapat hadiah dari Google

Bayi comel bernama Google mendapat perhatian masyarakat antarabangsa. Foto Instagram @lambe_turah
A
A

PASANGAN suami isteri dari Indonesia yang memberikan nama anak mereka Google telah mendapat perhatian syarikat teknologi gergasi dunia itu.

Menurut laporan Coconuts Jakarta, syarikat Google telah menghubungi bapa kepada bayi itu untuk membuat kejutan.

Difahamkan, pasangan Andi Cahya Saputra, 31, dan Ella Karina, 27 itu menerima hadiah istimewa daripada Google yang dihantar menggunakan teksi terus ke rumah mereka di Bekasi, Indonesia.

Menerusi laporan Kompas, ibu Google, Ella Karina berkata, terdapat beberapa item di dalam kotak, seperti tanda penghargaan dan cenderahati untuk bayi Google.

Salah satunya adalah jumpsuit biru yang dipakai oleh bayi Google dalam foto itu.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu tidak berkongsi secara terperinci apakah hadiah yang diterima daripada pengurusan Google selain yang disebut itu.

"Syarikat Google mengucapkan tahniah kepada kami serta mendoakan supaya bayi Google menjadi insan yang berguna dan akan membantu ramai orang apabila besar kelak," katanya.

Sementara itu, sebelum ini, Andi Cahya dan Ella sepakat menamakan anak mereka yang lahir pada 30 November lalu dengan nama Google.

Menurut laporan portal berita tempatan, inspirasi untuk meletakkan nama berkenaan diperoleh pasangan berkenaan ketika kandungan Ella berusia tujuh bulan.

Andi berkata, pada awalnya, dia dan Ella mempunyai pilihan nama lain seperti Microsoft, iPhone, iOs, Windows dan sebagainya.

Bagaimanapun, mereka akhirnya menukar fikiran iaitu Google.

“Namanya Google. Hanya satu perkataan, G-o-o-g-l-e,” katanya.

Tambah Andi, untuk tempoh tiga bulan pertama, isterinya akan menjawab ‘baby boy’ setiap kali orang bertanyakan nama anaknya yang baru lahir itu.

Sekalipun meletakkan nama anak adalah hak ibu bapa, namun pasangan berkenaan tidak terlepas daripada menerima kecaman hanya kerana menamakan bayi mereka sebagai Google.

Bagaimanapun, Andi dan isterinya tidak mengendahkan segala kecaman itu, sebaliknya hanya menerima komen-komen yang baik sebagai doa.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus