Jalan ditutup sempena Selangor Cycling Series 2019

Shahrin Ahmad
Shahrin Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan sempena Program ‘Selangor Cycling Series 2019’ pada 6 Julai ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, beberapa jalan akan ditutup sepanjang tempoh penganjuran program ini.

"Jalan yang terlibat adalah Jalan Persiaran Tasik, Jalan Persiaran Dato’ Menteri serta Persiaran Masjid mulai jam 6.00 pagi sehingga 2.30 petang.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh tersebut untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari masa ke semasa," katanya pada satu kenyataan.

Katanya, MBSA memohon agar pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif.

"Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Korporat & Perhubungan Awam MBSA di talian 03-55222734," katanya.

Artikel Berkaitan: