Perlu hulur sumbangan kepada mangsa pencemaran Sungai Kim Kim

Hassan Abdul Karim
Hassan Abdul Karim
A
A
A

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim akan berbincang dengan Kerajaan Negeri Johor berhubung bantuan yang boleh diberikan kepada mangsa yang terlibat dengan pencemaran di Sungai Kim Kim pada Mac lepas.

Beliau berkata bantuan seperti pemberian sumbangan atau wang ihsan akan dapat meringankan beban yang terpaksa ditanggung mangsa dan keluarga.

Sementara itu, memberi contoh kesengsaraan yang dihadapi Irfan Wafiy Idham Wazir, 12, yang disah positif Myokymia, dipercayai setelah terdedah dengan pencemaran toksik Sungai Kim-Kim, Johor Mac lepas.

"Saya sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang akan duduk dengan pihak kerajaan negeri Johor kerana ini kes 'anak buah' saya. Saya akan usulkan dan perjuangkannya," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Pada 7 Mac lalu, hampir 6,000 penduduk terjejas akibat pencemaran udara dari pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Pencemaran tersebut turut mengakibatkan sebanyak 111 buah sekolah ditutup sementara.

ARTIKEL BERKAITAN: Irfan Wafiy positif Myokymia kerana toksik

Artikel Berkaitan: