Perak negeri pertama laksana projek NFCP

Hasnul Zulkarnain ketika sidang media merasmikan Program Hebahan Perancangan Bandar Pintar Malaysia Peringkat Negeri Perak, di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh, di sini hari ini.
Hasnul Zulkarnain ketika sidang media merasmikan Program Hebahan Perancangan Bandar Pintar Malaysia Peringkat Negeri Perak, di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh, di sini hari ini.
A
A
A

IPOH - Perak dijangka menjadi negeri pertama yang akan melaksanakan projek Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) bersama-sama TNB.

Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata, Mesyuarat Exco semalam menerima pembentangan cadangan daripada pihak TNB untuk mereka menyediakan infrastruktur gentian optik di negeri ini.

Katanya, dengan adanya kemudahan itu kelak, penduduk negeri ini akan menikmati kelajuan internet yang lebih baik sama ada di bandar mahupun luar bandar.

"Mesyuarat semalam telah bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh TNB. Cuma kita akan perhalusi dalam tempoh seminggu dua ini beberapa perkara seperti permintaan TNB untuk mengakses jaringan dengan pihak berkuasa tempatan dan pejabat daerah.

"Kerajaan negeri juga perlu menyediakan beberapa keperluan bagi memastikan tiada gangguan dalam tempoh penyediaan infrastruktur jalur lebar itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Hebahan Perancangan Bandar Pintar Malaysia Peringkat Negeri Perak, di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh, di sini hari ini.

Hasnul Zulkarnain ketika menyampaikan ucapan perasmian pada majlis tersebut, di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh di sini hari ini.
Hasnul Zulkarnain ketika menyampaikan ucapan perasmian pada majlis tersebut, di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh di sini hari ini.

Hasnul Zulkarnain berkata, walaupun projek perintis NFCP bersama TNB itu telah dilaksanakan di Jasin, Melaka, namun projek pertama akan dimulakan di Perak tidak lama lagi.

Beliau juga yakin projek tersebut akan dimulakan pada tahun ini dan khabar gembira itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, dengan adanya kemudahan internet pantas seperti itu, ia secara langsung dapat menarik minat pelabur masuk ke negeri ini.