Petua cili bertahan lama

Cili mampu bertahan lama jika disimpan mengikut cara yang betul.
A
A

CILI adalah bahan penting dalam masakan. Tanpanya pasti rasa masakan kurang enak dan menyelerakan.

Ramai mengeluh tatkala membeli cili dalam kuantiti yang banyak kerana ia cepat rosak. Anda jangan risau, Femina ada cara bagaimana untuk membuatkan cili anda mampu bertahan lama.

Mudah sahaja caranya, jom ikut langkah berikut.

1) Sebelum menyimpan cili dalam peti ais, cabut terlebih dahulu tangkainya. Kenapa? Tangkai cepat rosak sekali gus menyebabkan cili juga rosak.

2) Balut cili dalam tisu atau surat khabar.

3) Masukkan bawang putih dalam dua tiga ulas bergantung kepada kuantiti cili. Simpan dalam peti ais.

4) Bila mahu guna sejumlah cili, keluarkan ia namun, lap cili yang selebihnya untuk pastikan ia sentiasa kering.

5) Jangan lupa, salin tisu dan kertas jika ia sudah basah untuk membolehkan ia bertahan lama.

Selamat mencuba ya!


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia