Musim durian tiba, kambing pun tak lepas peluang

No Image Caption
A
A
A

MUSIM raja buah telah pun tiba. Ia bukan sahaja digemari kita semua, malah turut digemari haiwan.

Tular sebuah video seekor kambing sedang makan durian yang mendapat perhatian warga netizen.

Agak lucu apabila kambing itu membenamkan seluruh kepala dalam kulit durian yang dibuka sebahagiannya itu.

Namun tidak pasti siapa yang mengopek durian itu, jika kambing itu mengopeknya sendiri, memang hebat kambing itu.

Video berdurasi 24 saat itu dirakam oleh seorang lelaki tetapi tidak pasti di mana lokasi tersebut dan juga tidak pasti juga sama ada pemilik kebun durian atau pemilik kambing itu sendiri.

"Tengoklah kambing tu... Kambing, sampai putih muka makan. Tengok-tengok tu... Mengalahkan manusia kambing ini makan (durian). Tengok, tengok, tengok...," katanya dalam loghat utara.

Namun, kambing tersebut tidak hiraukan sekeliling dan terus makan durian tersebut sehingga comot mukanya.

Perkongsian sejak 1 Julai lalu telah dilihat oleh 12,000 penonton.

Artikel Berkaitan: