Pengawal keselamatan disamun dua lelaki

Mangsa menunjukkan laporan polis dibuat susulan disamun oleh dua lelaki bermotosikal Isnin lalu.
Mangsa menunjukkan laporan polis dibuat susulan disamun oleh dua lelaki bermotosikal Isnin lalu.
A
A
A

KULIM - Seorang pengawal keselamatan mengalami kerugian RM1,500 selepas disamun oleh dua lelaki dalam kejadian jam 1.45 pagi Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari berkata, pengawal keselamatan berkenaan diragut dan ditendang oleh dua suspek yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC 135.

"Mangsa yang sedang bertugas tiba-tiba ditendang pembonceng motosikal dari atas motosikal berkenaan.

"Dalam masa sama, penunggang motosikal mengambil dompet, telefon bimbit dan wang tunai RM300 milik pengawal keselamatan itu

"Mangsa mengalami kerugian sebanyak RM1,500," katanya.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim berjaya menangkap salah seorang suspek berusia 19 tahun pada jam 5.00 petang hari kejadian.

"Suspek tidak bekerja mengakui terlibat dalam kes berkenaan.

"Bagaimanapun seorang rakannya masih bebas dan sedang dikesan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 395 kanun keseksaan.