Warga emas kantoi cabul wanita lembam

No Image Caption
A
A
A

KUALA TERENGGANU - "Dok baik wak gitu, malu kat orang," kata seorang wanita lembam yang juga orang kelainan upaya (OKU) kepada seorang warga emas yang mahu mencabulnya di sebuah rumah di Kampung Wakaf Mempelam, di sini semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika mangsa, 40-an, sedang berehat di dalam bilik di tingkat atas rumahnya sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek berusia 74 tahun yang menyelinap masuk ke dalam rumah secara diam-diam.

Menurut sumber, suspek tidak menyedari perbuatannya 'menceroboh' masuk ke rumah itu dilihat adik lelaki mangsa, 32, yang berada di luar rumah.

Sumber berkata, sejurus ternampak kelibat suspek, adik lelaki mangsa terus mengekorinya kerana bimbang keselamatan kakaknya yang tinggal keseorangan dalam rumah itu.

"Dia nampak suspek masuk ke dalam bilik tidur kakaknya itu dan terdengar suara kakaknya berkata "dok baik wak gitu, malu kat orang".

"Bagaimanapun, sejurus ternampak kelibat lelaki itu suspek terus melarikan diri," katanya.

Menurut sumber, kakak mangsa turut mendedahkan suspek pernah sering curi masuk ke dalam biliknya dan bertindak merabanya, terutama pada waktu pagi kerana memang tiada orang ketika itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian di Balai Polis Chabang Tiga, di sini.

Jelasnya, suspek sudah ditangkap semalam dan kes berkenaan kini sedang disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Artikel Berkaitan: