24 pekerja restoran ditahan Imigresen

Anggota Imigresen melakukan pemeriksaan terhadap pekerja warga asing yang ditahan di sebuah restoran di Bukit Mertajam.
Anggota Imigresen melakukan pemeriksaan terhadap pekerja warga asing yang ditahan di sebuah restoran di Bukit Mertajam.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - [DIKEMASKINI Suasana tenang di sebuah restoran di Jalan Seladang, Taman Selat di sini bertukar kecoh apabila beberapa pekerja bertempiaran lari selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang.

Dalam serbuan yang dilakukan jam 12.30 tengah hari itu menyebabkan lebih 40 pelanggan yang sedang menikmati hidangan makan tengah hari terpinga-pinga selepas melihat pekerja restoran berkenaan cuba melarikan diri

Pengarah Jabatan Imigrsen Malaysia Pulau Pinang, Muhamad Husni Mahmud berkata, hasil pemeriksaan dilakukan di restoran berkenaan mendapati pemiliknya menggajikan seramai 29 orang pekerja termasuk 24 pekerja asing.

Namun menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati 20 pekerja asing yang ditahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah selain menyalahgunakan pas lawatan kerja.

"Restoran ini memang menjadi tumpuan pelanggan dan disebabkan itu pemiliknya perlu menggunakan pekerja yang ramai.

"Namun perbuatan pemilik restoran yang menggajikan pekerja warga asing tanpa mengikut syarat dan peraturan merupakan satu kesalahan dan dia diarahkan ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di Seberang Jaya untuk diambil keterangan," katanya ketika dihubungi di sini.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Muhamad Husni berkata, 20 pekerja warga asing yang ditahan itu terdiri daripada tujuh perempuan Indonesia, enam lelaki dan empat Myanmar dan tiga perempuan Kemboja.

Sementara itu dalam serbuan berasingan di sebuah kedai makan citarasa Indonesia di Bandar Perai Jaya di sini, pihaknya menahan dua lelaki dan dua orang wanita warga Indonesia yang bekerja di kedai terbabit.

Katanya, keempat-empat pekerja itu ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

"Kesemua yang ditahan berusia diantara 20 hingga 45 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen untuk proses dokumentasi sebelum dihantar ke depoh tahanan warga asing di Juru.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas lawatan.