X

Kindly register in order to view this article
!

Mujur tak ada dalam kereta

Anggota bomba memotong pokok menggunakan pemotong kayu dan mengalihkan pokok ke kawasan yang selamat.
A
A

MERSING - Hasrat dua beranak dalam perjalanan pulang ke rumah di Kuantan tergendala apabila kereta dinaiki remuk selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian angin kencang di sini semalam.

Kejadian berlaku ketika Perodua Myvi dinaiki itu diletakkan di kawasan restoran di Felda Endau di sini sebelum sebatang pokok durian dipercayai sudah reput menghempap kereta terbabit.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau, Pegawai Bomba Badrul Hisham Mohamad berkata, tujuh anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kejadian pada jam 4.25 petang.

"Kenderaan terbabit dinaiki seorang lelaki dengan anaknya dari Mersing ke Kuantan dan mereka letak kereta di kawasan tersebut untuk berhenti makan.

Anggota bomba BBP Endau melakukan operasi memotong pokok tersebut menggunakan pemotong kayu dan mengalihkan pokok ke kawasan yang selamat.
Anggota bomba BBP Endau melakukan operasi memotong pokok tersebut menggunakan pemotong kayu dan mengalihkan pokok ke kawasan yang selamat.

"Kejadian berlaku sebaik sahaja hujan lebat namun masih dalam keadaan renyai-renyai sebelum angin kuat datang menyebabkan pokok durian berkenaan tumbang di atas kereta itu," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, pokok setinggi kira-kira 8 meter itu tumbang dipercayai kerana reput selain faktor tanah lembut berikutan hujan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Kerosakan hanya melibatkan sebuah kenderaan meskipun terdapat kenderaan lain parkir di kawasan sama.

"Pihak bomba melakukan operasi dengan memotong pokok tersebut menggunakan pemotong kayu dan mengalihkan pokok ke kawasan yang selamat. Operasi ditamatkan pada jam 4.53 petang," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!