Empat maut, 21 hilang bot terbalik di Pakistan

Anggota penyelamat Pakistan membawa mayat seorang kanak-kanak ekoran insiden bot terbalik di Sungai Indus, daerah Haripur, Pakistan semalam. - Foto AFP
Anggota penyelamat Pakistan membawa mayat seorang kanak-kanak ekoran insiden bot terbalik di Sungai Indus, daerah Haripur, Pakistan semalam. - Foto AFP
A
A
A

PESHAWAR - Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala 21 lagi masih hilang selepas sebuah bot karam di barat laut Pakistan, kata pihak berkuasa hari ini.

Bot tersebut sedang membawa penumpang di Sungai Indus dari Shangla ke daerah Haripur di wilayah Khyber Pakhtunkhwa apabila ia terbalik semalam.

"Terdapat 38 orang dalam bot terbabit ketika kejadian berlaku dan 13 penumpang menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing.

"Kami menemukan empat mayat dari sungai termasuk dua wanita dan kanak-kanak.

"Arus deras dan sungai yang dalam menyebabkan peluang untuk selamat tipis namun kami akan meneruskan operasi menyelamat sehingga mangsa terakhir ditemui," kata pegawai polis tempatan, Zahid Ullah kepada AFP.

Pegawai kanan polis, Mohamamd Ali Babakhel berkata, insiden berlaku di kawasan terpencil dengan akses telekomunikasi terhad.

"Insiden hanya diketahui apabila bot kedua membawa penumpang melalui kawasan terbabit.

"Operasi mencari masih dijalankan namun peluang untuk mangsa selamat adalah tipis. - AFP

Artikel Berkaitan: