Ambil pekerja asing tanpa pas kerja sah

Dua warga asing cuba bersembunyi di dalam belukar bagi mengelakkan diri mereka dikesan penguatkuasa imigresen.- Foto Jabatan Imigresen Malaysia
Dua warga asing cuba bersembunyi di dalam belukar bagi mengelakkan diri mereka dikesan penguatkuasa imigresen.- Foto Jabatan Imigresen Malaysia
A
A
A

ALOR SETAR - Masih ada kilang berani melakukan kesalahan yang sama dengan menggajikan perkerja asing tanpa memohon pas kerja yang sah, kata Pengarah Imigresen Negeri Kedah, Zuhair Jamaludin.

Disebabkan kedegilan pihak pengurusan kilang tersebut, pihaknya telah mengeluarkan dua saman saksi kepada dua warganegara Malaysia bagi menjalankan siasatan lanjut.

"Terdapat sebuah kilang yang pernah diserbu namun masih lagi melakukan kesalahan yang sama dengan menggajikan perkerja asing tanpa memohon pas kerja yang sah.

"Jabatan Imigresen Kedah tidak sesekali akan berkrompromi dengan mereka yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Ops Bersepadu di beberapa buah kilang sekitar Kuala Muda semalam dengan memeriksa 187 orang pelbagai warga asing.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, 43 orang telah ditahan melibatkan lapan lelaki warganegara Indonesia, 14 lelaki serta lima perempuan warganegara Myanmar, 12 lelaki warganegara Bangladesh, seorang lelaki warganegara Thailand, seorang lelaki dan seorang wanita warganegara Nepal dan seorang lelaki warganegara Vietnam.

Warga asing diarahkan keluar dari kawasan belukar apabila mereka gagal meloloskan diri. - Foto Jabatan Imigresen Malaysia
Warga asing diarahkan keluar dari kawasan belukar apabila mereka gagal meloloskan diri. - Foto Jabatan Imigresen Malaysia

"Semua mereka berumur lingkungan antara 17 sehingga 48 tahun dan siasatan awal mendapati bahawa mereka telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu tidak memilki dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1) (c) atas kesalahan dengan tinggal lebih masa.

Artikel Berkaitan:

"Mereka ditahan di lokap Imigresen Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Imgresen Belantik, Sik," katanya.

Seramai 16 pegawai imigresen daripada Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Kedah telah terlibat dalam operasi penguatkuasaan ini dan operasi bermula jam 10.30 pagi sehingga jam 3.00 petang.